โ€œ๐˜ฝ๐™€๐™‰๐™‚๐™†๐™€๐™‡ ๐˜พ๐™๐™๐™„ ๐™Ž๐™€๐™†๐™Š๐™‡๐˜ผ๐™ƒโ€ ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—™๐—œ๐—ž๐—œ๐—ฅ ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฆ ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ง๐—˜๐— ๐—”๐—ง๐—œ๐—ž ๐—ž๐—ฆ๐—ฆ๐—  ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐Ÿฐ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿญ๐Ÿต

Umum sedia maklum, Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KKSM) ini dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun 2017. Sehubungan dengan itu, bagi sekolah menengah Tingkatan 4, KSSM ini dilaksanakan bermula 2020 manakala Tingkatan 5 bermula pada 2021 menggantikan KBSM iaitu kurikulum sekolah menengah yang lama.

Sehubungan dengan itu, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya dan pihak ArdentEdu akan menganjurkan Bengkel Cuti Sekolah seperti mana bengkel yang pernah dianjurkan sebelum ini. Bengkel Cuti Sekolah ini bertujuan untuk membantu guru dalam melaksanakan pembelajaran dan pemudacaraan (PdPc) yang melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam subjek matematik Tingkatan 4.

Bengkel ini dapat membantu guru untuk :

  • merungkai kurikulum matematik KSSM Tingakatan 4,
  • memperkembangkan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dengan teknologi
  • mengaplikasi teknologi penyoalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
  • membina pengajaran inovatif yang melibatkan aktiviti penerokaan, penyiasatan dan penyelesaian masalah.

Barisan penceramah yang berpengalaman dalam bidang matematik terdiri daripada pensyarah kanan dan juga pensyarah dari Jabatan Pendidikan Matematik dan Sains, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Antaranya Dr Leong Kwan Eu, Dr Suzieleez Syrene Abdul Rahim dan Encik Norjoharuddeen bin Mohd Nor yang mempunyai pengalaman yang cukup lama dalam bidang matematik.

Tarikh bengkel ini pada 26-27 November dan juga 3-4 Disember 2019 ini membuatkan guru mempunyai pilihan untuk memilih Tarikh yang bersesuaian dengan mereka. Yuran dikenakan sebanyak RM100 untuk sehari manakala untuk satu siri bengkel (dua hari) RM 200. ย 

Read More