New : Kangaroo Math Competition Offline & Online Method (Official Statement 4)

RoadTour Kangaroo Math Malaysia.

Seperti yang anda tahu setiap tahun pihak kangaroo math akan menjalankan program Roadtour ke sekolah-sekolah yang ada di Malaysia. Pasti sekolah anda pernah didatangi oleh Team Kangaroo Roadtour. Team Kangaroo akan pergi ke sekolah yang bertuah dan berikan tips dan juga info kepada pelajar sekolah mengenai Kangaroo Math dan juga pelajar akan didedahkan dengan cara-cara untuk menjawab soalan Kangaroo dengan mudah. Jom kita throwback gambar dan video sepanjang roadtour tahun lepas.

 

 

Seronok melihat gelagat pelajar-pelajar sekolah menjawab soalan yang diberikan oleh Team Kangaroo. Semangat guru-guru untuk memastikan pelajar-pelajar mereka minat dalam subjek matematik harus diberikan pujian. Walaupun sekolah berasrama team Kangaroo tetap akan pergi dan berjumpa dengan pelajar-pelajar tidak kira siang atau malam.

 

 

Adakah pada tahun ini akan diadakan roadtour? Adakah roadtour akan dibuat secara online atau team kangaroo akan pergi sekolah-sekolah seperti biasa?  Pada pendapat anda, online atau tidak? Sama-sama kita nantikan berita daripada team Kangaroo.

Read More