5 TIPS HAFAL SIFIR

Tambah, tolak, darab, dan bahagi tidak asing lagi dalam kehidupan kita. Sejak dibangku sekolah kita telah diajar untuk menambah, menolak, mendarab dan membahagi nombor. Sehingga kita meningkat dewasa formula ni kita akan selalu gunakan di kehidupan seharian seperti membeli barang, makanan dan sebagainya. 

Namun apabila melibatkan darab dan bahagi kita mula merasa sukar untuk mengira. Sifir merupakan formula dimana pelajar-pelajar merasa sukar untuk menghafal. Sifir 1 hingga 5 masih dianggap senang apabila nombor semakin besar semakin sukar untuk pelajar hafal.

Mari kita lihat tips yang dikongsikan oleh seroang guru tentang cara mudah untuk menghafal sifir;

1. Separuh-separuh

Jika sifir 7 misalnya. Hafal dari 1 hingga 5 darab 7 terlebih dahulu. Dah handal, sambung pula dari 6 hingga 10 darab 7. Hafal separuh-separuh dapat membantu pelajar untuk lebih cepat menghafal sifir tersebut.

2. Satu minggu satu sifir

Jangan terlalu memaksa dan gopoh nak hafal sifir dalam masa sebulan. Gunakan prinsip biar lambat asalkan steady. Sifir ini murid nak pakai lama. Jadi kena berfokus dengan harapan boleh ingat sampai bila-bila.

3. Baca setiap hari

Penah tak ada hari yang kita lupa cara nak makan nasi? Tak. Sebab apa? Sebab kita buat hari-hari. Begitulah juga dengan sifir. Bila kita baca hari-hari ia akan menajdi rutin harian harian kita dan secara tak langsung kita dapat menghafal sifir yang dibaca hari-hari.

4. Latih tubi

Lepas hafal satu-satu sifir, mesti buat latih tubi sebagai pengukuhan. Yang terbaik adalah latih tubi secara bertulis. Lisan pun boleh. Buat jadual bagi setiap subjek jadi tidak lah berasa bosan untuk belajar satu subjek sahaja.

5. Terbalikkan

Untuk sifir 7 misalnya, biasanya kita akan soal 4 darab 7. Dalam masa yang sama, kita perlu terbalikkan penyoalan sifir tersebut. Sebagai contoh; 4x7=28 jika diterbalikkan 7x4=28.

 

Kesimpulannya, mengahafal sifir bukanlah susah jika kita sudah tahu cara yang betul untuk menghafalnya. Jika berasa bosan dan susah ajak rakan-rakan untuk membantu lebih seronok jika dapat menghafal sifir berasa-sama dengan raka-rakan. 

Read More

Hi, how can I help you?