JAGA KESIHATAN ANDA & CEGAH PENYEBARAN COVID19

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan daripada Kerajaan Malaysia,bagi mencegah penularan wabak COVID-19 diharap semua pihak dapat memberi kerjasama agar wabak ini dapat dibendung. 

Mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi adalah antara langkah perlindungan boleh dilakukan orang ramai untuk mencegah jangkitan coronavirus 2019-nCoV.

Langkah pertama yang dicadangkan Kementerian Kesihatan (KKM) kepada orang ramai adalah mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi iaitu kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).

Langkah kedua adalah penting sekiranya berada dalam tempoh lawatan ke lokasi-lokasi yang berlakunya wabak ini. . “Jika perjalanan tidak dapat dielakkan, sentiasa bawa bersama penutup mulut dan hidung (mask) serta bahan pencuci tangan.

“Elakkan dari melawat ladang haiwan, pasar menjual haiwan hidup, tempat sembelihan atau menyentuh sebarang jenis haiwan.

“Elak dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan individu yang mempunyai gejala serta elak dari makan sebarang produk haiwan mentah atau tidak dimasak dengan sempurna,”

Langkah ketiga perlu diambil orang ramai adalah segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit iaitu mengalami gejala jangkitan pernafasan seperti demam, batuk atau sukar bernafas dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan dan maklumkan mengenai sejarah perjalanan kepada doktor yang merawat.

 

ilustrasi: @WeimanKow

Read More

Hi, how can I help you?