𝗖𝗮𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽𝗶 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗴𝘂𝗿𝘂-𝗴𝘂𝗿𝘂 𝘀𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗣𝗞𝗣.

Bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, kebanyakkan syarikat dan kedai jualan telah diarahkan agar ditutup termasuk, sekolah di seluruh Malaysia. PKP telah menjadi cabaran kepada guru-guru untuk memberikan ilmu kepada pelajar mereka.

Selama sebulan pelajar-pelajar dicutikan dan ini agak membimbangkan guru-guru kerana ada dikalangan mereka yang akan menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, SPM dan juga STPM. Pelbagai langkah yang diambil oleh guru-guru tersebut bagi memastikan pelajar mereka dapat mengulang kaji pelajaran.

Kementerian Pendidikan telah menyediakan garis panduan kepada guru, pelajar dan juga ibu bapa untuk meneruskan pembelajaran atas talian dengan menggunakan Google Classroom dan Microsoft Team untuk pengajaran dan pembelajaran di rumah. (Sumber, Free Malaysia Today, April,2020).

Selain daripada menggunakan Google Classroom dan Microsoft Team pelajar-pelajar juga boleh menggunakan aplikasi Pandai untuk mengulangkaji pelajaran mereka. Bagi mereka yang menyertai pertandingan Kangaroo Math Competition, mereka boleh mengulangkaji soalan-soalan tahun lepas berserta dengan jawapan dan juga jalan pengiraan. Aplikasi ini bukan sahaja menyediakan soalan Kangaroo Math malah ada juga soalan-soalan mata pelajaran seperti Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Sains, dan Matematik Tambahan untuk mereka dari Tahun 1 sehingga Tingkatan 5.

Akhir sekali, ada juga cikgu yang mengambil alternatif lain seperti membuat Youtube Channel untuk membincangkan soalan peperiksaaan Kangaroo Math yang lalu. Guru tersebut memberikan komitmen yang tinggi untuk memberikan informasi kepada pelajar yang mengambil pertandingan Kangaroo Math. Berikut adalah senarai youtube channel; https://www.youtube.com/channel/UCFLp45Z_RLSuneDmeSwg2Eg dan https://youtu.be/OA1Gzrf1m60

Kami dari pihak Kangaroo, sangat berbesar hati dengan tindakan yang guru tersebut cuba berikan kepada semua pelajar.

Read More

Hi, how can I help you?