Penjadualan Semula Peperiksaan Malaysia 2020

Pada tahun 2019, Menteri Pendidikan Malaysia telah menyatakan bahawa Jadual Peperiksaan SPM akan diawalkan selewat-lewatnya akhir September atau awal Oktober bermula 2019. 

Tarikh peperiksaan yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) untuk tahun ini telah dijadual semula berikutan tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini bagi menghalang penularan COVID-19.

Menurut Astro Awani (Mac,2020), pada tahun ini penjadualan semula peperiksaan itu melibatkan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sepatutnya bermula 5 Okt hingga 19 Nov, tetapi kini dipinda ke tarikh baharu iaitu 16 Nov hingga 7 Dis, 2020.

Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) pula mengikut tarikh asal yang dijadualkan iaitu bermula pada 28 Sept hingga 6 Okt, namun terdapat perubahan subjek peperiksaan Bahasa Melayu ditetapkan pada 28 Sept dan Bahasa Inggeris pada 29 Sept.

 

Bagaimanapun, Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tiada pindaan iaitu kekal pada tarikh asal 1, 2, 3, 7 dan 8 Sept 2020.

 

Penjadualan semula ini dibuat setelah pihak Kerajaan meneliti keadaan semasa dan bagi memastikan semua kurikulum mata pelajaran tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.

Berikut adalah tarikh peperiksaan yang telah dijadualkan semula:

Disebabkan oleh penutupan sekolah berikutan wabak covid-19 tersebut, pelajar digalakkan mengulang kaji pelajaran di rumah. Salah satu cara mereka boleh mengulang kaji pelajaran dengan menggunakan aplikasi Pandai.

Pelajar sekolah rendah hingga menengah boleh menggunakan aplikasi tersebut untuk mengulang kaji pelajaran. Aplikasi tersebut merangkumi semua mata pelajaran yang di ajar di sekolah mengikut silibus sekolah. Terkini aplikasi pandai juga telah mengeluarkan satu alternatif lain dimana pelajar boleh mengulang kaji pelajaran dengan hanya menonton video di video.pandai.org.

Read More

Hi, how can I help you?