5 Rahsia Jadi Pelajar Terbaik

NAK berjaya memang tak mudah. Kena banyak ilmu. Dari belajar kita dapat banyak ilmu. Tapi untuk betul-betul dapat manfaatkan masa kita untuk belajar, kita harus fokus.

Apa jadi bila tak fokus? Kita akan membazir masa. 

Setiap orang pernah gagal. Setiap kali gagal, kita perlu teruskan perjuangan.

Jom kita tengok tips untuk menjadi pelajar terbaik.

1. Sediakan Semua Bahan Yang Diperlukan Untuk Belajar

Pastikan semua barang yang kita nak guna masa belajar dah sedia ada. Pen, buku, pemadam kalkulator dan sebagainya. Ia adalah sangat mengganggu pelajar masa belajar kalau ada benda tiada di meja dan kita tinggalkan tempat belajar untuk cari alat tersebut. Semangat pun boleh tiba-tiba hilang tau.

2. Cari Teman Belajar

Bila kita belajar seorang, ramai mengeluh sebab banyak hilang focus, mungkin sebab mengantuk atau layan gajet. Cuba cari teman untuk belajar yang ada kesungguhan dan fokus. Jangan pilih teman baik yang suka berborak, nanti habis masa sebab berborak sahaja. Rugi!

3. Take 5!

Untuk kekal fokus, anda perlu juga berehat. Selepas belajar 45 minit, ambil masa 10 minit untuk berehat dan buat perkara lain. Jangan ambil masa lebih lama dari 20 minit. Plan masa untuk berehat. Pukul berapa nak berehat, pukul berapa nak sambung semula. Ia penting supaya tidak terlajak rehat lebih lama.

4. Rasakan Bahang Motivasi

Nak periksa, kita kena belajar. Kekalkan motivasi ketika ulangkaji dengan set minda dengan mencabar. Mencabar apa? Ya. Jangan jadikan peperiksaaan sebagai beban, tapi katakana pada diri dan cabar diri anda untuk capai sesuatu untuk peperiksaan. Pilih satu "MATLAMAT" untuk peperiksaan anda walaupun agak mustahil. Kita akan automatik rasa termotivasi dengan matlamat yang kita sendiri sedang capai.

5. Duduk dan Belajar

Dah cuba Cara 1- Cara 4? Jadi, anda dah bersedia untuk belajar. Gunakan Flash card untuk tulis nota. Buat nota dalam bentuk point penting supaya senang nak ingat. Susun ikut topik untuk mudah di baca. Ingat info utama dahulu dalam suatu tajuk dahulu, Konsep penting perlu difahami sebelum mengingati tajuk kecil. Cara belajar yang berkesan boleh jimatkan masa. Study Smart lebih baik dari Study Hard.

Read More

Hi, how can I help you?