Tips “Tackle” Murid Lemah Subjek Matematik

Subjek matematik sering kali di anggap subjek yang susah. Pelajar merasakan subjek ini terlalu sukar untuk mereka dapatkan “A”. Sebagai ibu bapa dan guru pasti bimbang bila anak-anak atau pelajar tidak dapat skor pada subjek tersebut. 

Namun, menurut Cikgu Mohamad Hakim ada empat cara untuk membantu mereka yang mendapat markah rendah dalam subjek tersebut. Mari kita lihat tip yang diberikan oleh Cikgu Mohamad Hakim.

1) Tarik Minat Mereka

Banyak cara untuk tarik minat anak-anak kita. Antaranya adalah dengan cara kita sebagai ibu bapa perlu minat pada Matematik itu terlebih dahulu. Jadikan Matematik ini sebagai topik perbualan seharian. Selain itu, jelaskan pada mereka akan kepentingan belajar Matematik. Bukannya apa, ada segelintir murid yang tak tahu pun kenapa mereka perlu belajar Matematik. Rata-rata mengatakan untuk jawab soalan peperiksaan. Itu salah ya! Maklumkan pada mereka bahawa Matematik ini adalah satu subjek yang sangat dekat dengan kehidupan seharian kita. Dari kita bangun tidur, hinggalah nak lelapkan mata. Semuanya berkait dengan Matematik. Explain lah dengan cara yang mudah untuk anak kita faham.

2) Sedikit-sedikit

Dalam satu helaian lembaran kerja, elak untuk beri soalan yang terlalu banyak. Cadangan saya, cukup satu lembaran kerja itu dengan empat ke lima soalan sahaja. Bina keyakinan mereka dahulu. Letakkan trust yang mereka boleh selesaikan lima soalan tersebut. Secara tak langsung, mereka akan tanam dalam minda mereka bahawa kalau lima soalan itu mereka boleh buat dengan cemerlang, why not untuk 15 soalan yang perlu mereka selesaikan. Ini dinamakan sebagai proses pembelajaran.

3) Pujian

Siapa yang tak sukakan pujian? Selepas selesai lima soalan tersebut, semak dan bincangkan langkah penyelesaian. Sekalipun jalan kerja mereka salah, berikan mereka pujian kerana dah cuba yang terbaik. Percayalah, mereka akan terus cuba untuk berikan yang terbaik pada hari-hari mendatang. Sesungguhnya, kegagalan yang paling kita risaukan adalah gagal untuk mencuba. Jadi bila mereka dah mencuba, kita puji dan terus berikan mereka motivasi serta galakkan.

4) Percaya

Kita sebagai ibu bapa dan guru, harus ada rasa percaya pada anak-anak kita. Jangan berhenti berharap. Jangan jadikan perkataan mustahil sebagai zikir harian. Takut betul-betul mustahil jadinya. Percaya, bergantung harap dan berdoa lah pada Tuhan. Just keep believing. Selagi mana ada usaha, selagi itu ada jalan. Selagi itu belum pengakhirannya.

Ini adalah tip yang diberikan oleh Cikgu Mohamad Hakim, ibu bapa dan guru boleh cuba tip yang diberikan. Semoga bermanfaat kepada kita semua. 

Artikel penuh boleh lihat di GPS Bestari. 

Read More

Hi, how can I help you?