‘Perkukuh sekolah kebangsaan, tak perlu sekolah perpaduan’

KUALA LUMPUR: Cadangan sekolah perpaduan pelbagai aliran diwujudkan dilihat sebagai idea baik namun tidak realistik dalam konteks pendidikan negara.

Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad, berkata idea itu sama seperti sekolah wawasan yang gagal dilaksanakan satu ketika dahulu.

“Kajian mengenai kegagalan sekolah wawasan menunjukkan ia didorong rasa tidak percaya dan tiada sokongan berterusan pemimpin politik serta pemimpin sekolah vernakular terhadap usaha pelaksanaannya.

“Justeru, kalau pun cadangan sekolah perpaduan dilihat menarik, ia akan gagal kerana iltizam politik adalah rendah,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, mencadangkan sekolah perpaduan pelbagai aliran diwujudkan bagi memantapkan hubungan dalam kalangan pelajar berbilang kaum dan agama.

Anuar berkata, situasi semasa menunjukkan kaedah terbaik meningkatkan penyertaan pelajar bukan Melayu ke sekolah kebangsaan adalah menambah baik kualiti serta kecemerlangan sekolah kebangsaan hingga ke peringkat antarabangsa.

“Sekolah kebangsaan sepatutnya melakukan transformasi besar-besaran dengan menjadikan kualiti sebagai agenda utamanya.

“Sekolah kebangsaan juga harus berubah mencerminkan ciri-ciri masyarakat Malaysia majmuk, bukan hanya berteraskan Melayu,” katanya

Sebagai rujukan artikel asal boleh dilihat di laman Berita Harian

 

Read More

Hi, how can I help you?