Tips Membuat Jadual Waktu Belajar

Cara pembelajaran yang betul ialah satu kaedah yang amat penting yang perlu ada dalam proses pembelajaran. Bagi mencapai sesuatu kejayaan, pelbagai cara yang digunakan untuk membuat jadual waktu belajar. Antara cara-caranya ialah :

254951388_2110590825757631_1045170529281585726_n

1. Amalkan Belajar 30 Minit Selepas Makan

Bagi sesetengah pelajar yang suka belajar selepas makan adalah lebih baik kerana pada waktu itu sel otak dapat berfungsi dengan sempurna. 

Tenaga yang dikumpulkan melalui pemakanan yang dimakan akan memberi tenaga kepadasel-sel otak untuk menerima maklumat secara terus bagi menghantarnya kepada penyimpanan memori. Kesannya dapat memberi tenaga yang baik untuk belajar melebihi tiga jam. 

254549603_2110590912424289_8512749586050421375_n

2. Lihat Matlamat Diri

Tetapkan matlamat yang hendak dicapai. Tujuannya Bagi memastikan jadual yang dibuat berjalan dengan baik dan teratur. Pastikan usaha yang seimbang dengan matlamat yang ditetapkan. Ini bagi mengelakkan hasil yang dituai tidak setimpal dengan usaha yang dibuat. 

Oleh yang demikian, matlamat amat penting dalam sesuatu jadual belajar yang akan dilaksanakan. 

 

255102911_2110590835757630_6957141515470933383_n

3. Tumpu Subjek Yang Lemah

Tumpuan dengan melebihkan subjek-subjek yang lema perlu untuk memastikan tidak ketinggalan dalam subjek tersebut. Tanamkan minat pada subjek itu. Ini secara tidak langsung dapat melatih diri supaya berusaha untuk lebih baik lagi dalam subjek itu. 

Sifat ini perlu diteruskan setiap hari untuk mencapai kejayaan dalam matapelajarannya. 

253716026_2110590875757626_8518470923787972374_n

4. Tidak Tangguh Kerja

Setiap kerja rumah yang diperolehi perlu perlu disiapkan dengan segera. Pastikan dalam jadual mempunyai waktu untuk kerja rumah. Psikologi akan terjadi dengan sendirinya sekiranya banyak kerja ditangguh. 

Untuk memastikan kerja tidak tertangguh, pastikan catatan nota dibuat setiap kali kerja diperolehi. Ini untuk mengelakan dari sifat terlupa. 

254972528_2110590889090958_5394749356410773075_n

5. Biasakan Belajar Setiap Hari

Keazaman yang kuat diperlukan untuk meamastikan hal ini terjadi. Bukan hal yang mudah untuk sentiasa berterusan dalam aktiviti pembelajaran. 

Oleh itu, tip-tip yang baik perlu bagi merealisasikannya, antaranya ialah guna kata-kata cogan atau gamabr individu yang boleh dijadikan pembakar semangat untuk terus berusaha. 

Faktor-faktor ini amat penting untuk usaha yang berpanjangan.

*Artikel penuh boleh dibaca di KadNikah 

Read More

Hi, how can I help you?