4 Cara-Cara Belajar Paling Efektif Dalam Masa 24 Jam

Sepanjang anda mengulang kaji pelajaran, seberapa banyak input yang anda peroleh? Adakah anda menerima kesemua input dengan baik ataupun sekadar mencurah garam ke laut? Tidak dinafikan ramai dalam kalangan pelajar berhadapan dengan situasi ini, di mana ia berpunca daripada kaedah belajar yang kurang tepat. Dalam artikel ini, anda akan didedahkan dengan kaedah belajar yang efektif dan beberapa tips yang boleh membantu anda semasa belajar.

Persediaan untuk belajar

Sebelum anda memulakan pembelajaran, anda perlu menerapkan dalam minda supaya bersedia untuk belajar dengan cara-cara yang berikut:

Mengatur Masa

Pengurusan masa yang efektif amat penting untuk mendapatkan proses pembelajaran yang berkesan. Oleh itu, anda digalakkan untuk membuat jadual waktu mengikut kemampuan belajar anda. Peruntukkan jam untuk jadual waktu  adalah berbeza mengikut kesukaran setiap subjek. Oleh itu, anda perlu bijak mengatur masa semasa penghasilan jadual supaya setiap yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut perancangan.

Sesuaikan Dengan Kemampuan Diri

Setiap pelajar pasti mempunyai kelemahan dalam subjek tertentu. Oleh itu, anda perlu memberi penekanan terhadap kelamahan dan  memperuntukkan masa yang lebih terhadap subjek tersebut.

Tidur Yang Mencukupi

Pastikan dalam jadual anda itu mempunyai masa untuk tidur dan rehat. Tidur yang mencukupi setiap malam boleh memberikan kesan yang sangat besar kepada prestasi pembelajaran anda. Satu kajian telah membuktikan bahawa orang yang mendapat tidur yang mencukupi mempunyai prestasi yang jauh lebih baik daripada orang yang tidak/kurang tidur dari segi ingatakan dan daya pemikiran.

Lapangkan Fikiran Daripada Perkara Yang Tidak Berkaitan

Fikiran kusut boleh mengganggu tumpuan anda semasa belajar. Oleh itu, anda perlu menenangkan fikiran sebelum memulakan ulangkaji. Cuba selesaikan kerja ataupun apa-apa komitmen yang boleh mengganggu anda itu terlebih dahulu sebelum anda mengulang kaji.

Elakkan Gangguan Teknologi

Alatan elektronik seperti telefon pintar dan laptop serta talian internet merupakan satu gangguan utama kepada para pelajar. Hal ini kerana setiap pelajar cenderung untuk bersosial di media sosial seperti Facebook, Twitter, Whatsapp, Youtube ataupun mana-mana media yang lain. Oleh itu, peranan anda amat penting untuk mengelakkan daripada gangguan tersebut.

Persediaan Tempat Belajar

Menyediakan tempat yang sesuai dan kondusif untuk pembelajaran amatlah penting kerana ia boleh meningkatkan daya tumpuan pelajar. Berikut adalah beberapa cadangan:

Dapatkan Tempat Yang Sesuai Untuk Belajar

Pemilihan tempat belajar adalah bergantung kepada kehendak anda. Antara faktor yang boleh diambil kira dalam pemilihan tempat belajar adalah faktor keselesaan. Faktor ini amat penting untuk mewujudkan persekitaran yang tenang dan menyeronokkan. Selain itu, faktor dari segi pemakaian juga memainkan peranan penting. Pemakaian pakaian yang selesa seperti yang tidak terlalu panas, tidak terlalu ketat dan tidak terlalu menonjol. Pada masa yang sama, elakkan belajar di tempat yang terlalu bising ataupun boleh mengganggu perhatian anda.

Pilih Muzik Yang Sesuai

Sesetengah pelajar lebih mengemari keadaan yang sunyi untuk belajar, dan sesetengah pula lebih menyukai mendengari lagu semasa belajar. Kedua dua kaedah tidak salah, asalkan ia memberikan kesan yang positif kepada prestasi anda dalam pembelajaran. Mendengar lagu ataupun musik boleh membantu anda untuk tenang, melegakan emosi dan memberikan anda motivasi kepada anda. Jika anda selesa dengan musik, anda digalakkan untuk mendengar lagu instrumental. Namun, elakkan daripada mendengar radio kerana perbualan DJ boleh memberikan gangguan kepada anda.

Mendengar Lagu Latar

Lagu latar ataupun senang dikenali sebagai background music juga boleh membantu anda dalam pembelajaran. Ini merujuk kepda bunyi-bunyi alam semula jadi seperti bunyi air terjun, hujan ataupun hutan boleh membuatkan anda lebih fokus, pada masa yang sama tidak terlalu bising sehingga mengganggu.

Penggunaan Teknik Belajar Yang Betul

Penggunaan teknik belajar yang tepat amat penting untuk memberikan kesan yang positif kepada pencapaian akademik anda. Antara teknik teknik yang boleh diamalkan adalah:

1) SQ3R

Kaedah pembelajaran yang melibatkan pembacaan untuk membantu anda memahami dan menguasai sesuatu bahan.

SQ3R merupakan singkatan kepada: Survey, Question, Read, Recite & Review

2) Highlight Isi-Isi Penting

Kaedah di mana menggaris isi-isi penting dalam teks bacaan, agar anda lebih mudah untuk mengesannya semasa mengulangkaji pelajaran. 

3) Buat Ringkasan

Salah satu cara yang paling mudah untuk belajar secara efektif adalah dengan membuat nota ringkasan dengan menggunakan ayat anda sendiri. Dengan berbuat demikian, anda akan mula berfikir akan fakta dan kaedah pemahaman sesuatu dengan cara anda sendiri, bukannya dengan cara orang lain yang mana mungkin boleh mengelirukan anda.

4) Buat flashcard

Anda boleh menukarkan nota-nota anda menjadi flash card untuk memudahkan anda membawanya kemana-mana sahaja. Hal ini sangat sesuai jika anda mengamalkan kaedah pengambilan nota Cornell, yang mana melibatkan kaedah mengatur nota mengikut kata kunci.

5) Pecahkan Kepada Bahagian Yang Lebih Kecil

Salah satu kaedah pembelajaran adalah dengan mengecilkan skop kepada beberapa bahagian. Ia dapat meringankan beban dan persepsi anda akan sesuatu topik tersebut. Anda juga boleh mengasingkan nota mengikut topik, kata kunci ataupun mana-mana pembahagian yang anda rasa sesuai.

 

Belajar dengan Lebih Efektif

Berikut pula adalah beberapa teknik belajar yang anda boleh amalkan semasa mengulangkaji.

1) Berikan Badan Rehat
Jika anda belajar untuk beberapa jam dalam satu sesi, pastikan anda mengambil rehat sekurang-kurangnya 5 minit setiap setengah jam ataupun sejam. Ini boleh membantu peredaran darah ke otak anda, pada masa yang sama boleh memberikan ketenangan kepada fikiran anda. Keadaan tersebut boleh meningkatkan daya ingatan dan tumpuan anda.

Semasa rehat tersebut, anda bolehlah mengambil sedikit snek, pergi ke tandas mahupun lakukan sedikit senaman ringan agar badan anda sentiasa segar untuk sesi seterusnya.

2) Ambil Nota Dalam Kelas
Semasa dalam kelas, pastikan anda mengambil nota apa yang penting disampaikan oleh guru anda. Anda tidak perlulah gunakan ayat yang lengkap dengan tatabahasa yang cantik molek, sekadar anda boleh baca untuk rujukan semula sudah memadai. Anda boleh mencantikkan nota tadi kemudian hari, apa yang penting adalah jangan ketinggalan dalam ilmu yang disampaikan.

3) Cantikkan Nota Di Rumah
Semasa anda mencatat nota dalam kelas, anda perlu utamakan catatan tersebut bukannya kekemasan nota itu. Hal ini kerana kekemasan dan pemahaman boleh dibuat luar kelas, sebaik sahaja kelas itu tamat.

Anda digalakkan untuk kemaskan segala nota-nota belajar anda pada hari yang sama kelas tersebut dijalankan. Hal ini kerana apa yang anda belajar masih segar dalam ingatan, dan anda boleh lengkapkan nota, jika terdapat mana-mana bahagian yang tertinggal.

Kaedah ini secara tidak langsung menggalakkan anda untuk mengulangkaji pelajaran. Sesetengah orang lebih mudah untuk mengingat dengan banyak kali mengulang sesuatu.

4) Ulangkaji Subjek Yang Sukar Terlebih Dahulu
Semasa mengulangkaji pelajaran, mulakan dengan subjek yang anda rasa sukar terlebih dahulu. Hal ini untuk memberikan seluruh tumpuan yang masih segar anda kepada subjek yang anda perlu tekankan terlebih dahulu. Kemudiankan subjek-subjek yang anda rasa agak senang untuk skor.

5) Fahami Definisi dan Maksud
Bagi sesetangah subjek, definisi ataupun maksud sesuatu perkataan sangat memainkan peranan yang penting. Oleh itu, jika anda berhadapan dengan subjek yang banyak memerlukan anda menghafal definisi sesuatu, anda perlu dapatkan pemahaman yang mendalam akan maksud tersebut.

6) Buat Kumpulan Belajar (Study Group)
Anda digalakkan untuk membentuk satu kumpulan belajar dimana anda semua boleh berkongsi apa yang masing-masing dapat semasa menjalani kelas. Anda boleh bertukar- tukar nota, flash card, latihan dan anda boleh mengajar ahli yang masih tidak mahir dalam mana-mana topik.

Sebagai rujukan artikel asal boleh dilihat di laman madeinuitm.

Read More

Hi, how can I help you?