“Memang Wujud Ke?” – Perbualan Dalam Bahasa Nombor Curi Perhatian Netizen!

Baru-baru ini tular di media sosial, tentang satu video yang memaparkan satu keluarga yang berborak menggunakan bahasa pelik telah mencuri tumpuan warga net.

@izhammokhdar

Replying to @tomato_tomato29 Ini ikhtiar halus untuk saya bina minda Matematik pada semua anak2 saya. Daripada main gajet, baik main bahasa Matematik. kan? 😊 #kaedahmokhdar #terapiminda #mindamatematik #mindamega

♬ Happy Ajalah (Santai) (feat. Gafar) - DJ Qhelfin

Video yang berdurasi 47 saat itu menjadi tular di Twitter dan Tiktok. Difahamkan bahasa yang digunakkan di dalam video tersebut adalah “bahasa nombor”.

Rata-rata warga net menjadi teruja dan bingung apabila mendengar perbualan dalam “bahasa nombor” ini.

Bahasa Nombor - Komen Warga Net

Tetapi wujud ke bahasa nombor ini? Atau sengaja diada-adakan? Ikuti blog ini untuk mendapatkan mengetahui tentang bahasa nombor ini!

Bahasa Nombor = Bahasa Mokhdar

Sebenarnya, kaedah menggunakan nombor untuk membaca itu dipanggil sebagai Bahasa Mokhdar.

Korang boleh tengok kat gambar bawah ni macam mana untuk baca ayat menggunakan Bahasa Mokhdar…

Kaedah Mokhdar ini digunakan sebagai terapi minda dan ianya juga dipakai untuk murid-murid yang tidak menggemari matematik dalam usaha mereka untuk memahami subjek tersebut.

Wah! Macam seronok je kalau dah mahir guna nombor untuk membaca… Mengasah minda pun ye jugak. Hmm, kena try ni!

Ikuti blog-blog ini untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan:-

Read More

Hi, how can I help you?