TIPS HAFAL FORMULA

7 TIPS HAFAL FORMULA: PELAJAR SEKOLAH WAJIB CUBA!

Sukar untuk menghafal formula matematik atau sebarang formula lain?

Bergelut untuk hafal lebih-lebih lagi formula tersebut terlalu panjang dan sangat sukar untuk mengingatnya.

tips hafal formula

Tidak semua otak manusia mampu untuk menghafal formula-formula ini.

Tapi itu tidak mustahil untuk anda mengingatnya jika menggunakan teknik yang betul.

Ikuti 7 tips hafal formula dengan mudah!

Berikan Tumpuan Semasa Belajar

tips hafal formula- fokus

Tips hafal formula pertama adalah BERIKAN TUMPUAN SEPENUHNYA apabila formula ini diperkenalkan kepada kita.

Walaupun tips ini paling asas namun ramai dari kita mengabaikan teknik ini.

Mengikut kajian, dalam otak manusia apabila sesuatu perkara baru diperkenalkan dan kita pula memberikan tumpuan yang penuh padanya, ia mudah untuk diingat kembali.

Menghafal Secara Berulang-kali

Teknik yang biasa digunakan oleh kebanyakan orang adalah dengan menghafal dan menyebut atau menulis di atas kertas berulang-ulang kali.

Dengan menulis di atas kertas apa yang di hafal otak kita mampu untuk mengingatnya kembali.

Fahami konsep

Tips hafal formula yang ketiga adalah fahami pembentukan unit-unit, persamaan atau tanda-tanda dalam formula tersebut.

Jika kita mampu menganalisis dan membahagiakannya dalam set sebagai formula, kita pasti mampu untuk lebih memahaminya dengan mendalam.

Kaitkan Formula dengan Sesuatu yang Anda Mudah Ingat

Tips hafal formula yang seterusnya adalah cuba anda kaitkan formula tersebut dengan sesuatu yang anda mudah ingat.

Sebagai contoh,jika formula tersebut terlalu rumit atau panjang, anda perlu meringkaskan formula berkenaan dengan teknik berikut.

Kaitkan sebarang nombor, operasi atau pembolehubah dalam formula tersebut kepada unsur-unsur tertentu yang bukan dalam Matematik.

Seperti huruf atau nombor anda boleh kaitkan dengan nama-nama bunga, haiwan, makanan atau permainan atau apa-apa saja yang mudah untuk anda mengingat.

Setelah anda menamakan unit-unit tersebut dalam bentuk formula, cuba gambarkan satu cerita pendek bagaimana formula tersebut bekerja.

Kemudian, fahami dan cuba ingat cerita tersebut. Selepas itu cuba anda asingkan segmen-segmen cerita pendek tersebut menjadi formula yang asal.

Teknik Tulis Gambaran Formula dalam Ingatan

Tips hafal formula yang seterusnya adalah menggunakan teknik tulis gambaran formula dalam ingatan.

Kaedahnya, cuba tutup mata anda dan bayangkan satu platfom atau ruang kosong dalam kepala anda.

Kemudian cuba gambarkan yang anda sedang menulis formula tersebut di ruang kosong berkenaan. Teknik ini seolah-olahnya anda sedang menulis formula tersebut di ruang ingatan anda.

Menulis/ Menampal Formula Di Mana-Mana Tempat

Teknik yang paling mudah ialah dengan menulis atau menampal formula-formula tersebut di mana-mana tempat yang anda mudah lihat.

Contohnya seperti

  • membuat nota kecil (di lipat dan di simpan di dalam poket)
  • menampal formula tersebut di bilik tidur
  • menampal di mana-mana saja yang mana anda mungkin dapat melihatnya sepanjang hari.

Pelajari Formula Dalam Satu Paten

Pelajari formula tersebut dalam satu paten seperti lagu atau sajak.

Ini membolehkan otak anda untuk mengumpul dan menyusun lagu atau sajak berkenaan dalam turutan yang betul.

Selain itu anda juga boleh mereka bentuk permainan atau teka-teki berpandukan formula berkenaan.

Itu sahaja 7 tips hafal formula matematik. Suka diingatkan jangan sesekali menghafal formula dengan sekali lihat sahaja dan anda beranggapan ianya akan terus meresap di dalam ingatan anda. Mempelajari dan mengingati formula memerlukan teknik ulang dan terus mengulangi menghafalnya.

Akhir sekali, pastikan anda sentiasa berfikiran positif. Rehatkan minda anda dan tarik nafas dalam-dalam. Yakinkan dalam diri anda bahawasanya anda mampu dan tidak mustahil untuk anda lakukan.

Sumber Rujukan: suterayon

Ikuti blog-blog ini untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan:-

Read More

Hi, how can I help you?