Contoh Soalan UKKM Ujian Kemasukkan Tingkatan 1 & 4 MRSM

Contoh Soalan UKKM: Ujian Kemasukkan Tingkatan 1 & 4 MRSM 2023

Pada perkongsian blog lepas, anda telah mengenali komponen di dalam UKKM 2023. Melalui perkongsian blog pada kali ini, kita akan melihat beberapa contoh soalan UKKM supaya membantu calon untuk bersedia dalam ujian kemasukkan ke MRSM.

Di dalam blog kalini kita akan mengkhususkan tentang 3 ujian iaitu:

Intipati Blog

Ujian Keperibadian

Ujian keperibadian merupakan ujian untuk menilai personaliti calon dan melihat sama ada calon mempunyai personaliti ideal yang diperlukan oleh pihak MRSM.

Berikut merupakan ringkasan format soalan:-

  • Calon perlu menjawab 100 soalan dalam masa 30 minit

  • Soalan-soalan berbentuk EQ (Emotional Quotient) dan SQ (Spiritual Quotient)

  • Calon hanya perlu menjawab Ya atau Tidak, Setuju atau Tidak Setuju, Betul atau Salah

Untuk mendapatkan penjelasan yang penuh, anda boleh membaca DI SINI.

Contoh Soalan Keperibadian:

Tips dalam menjawab soalan ini. Anda perlu memilih jawapan yang paling logik dan positif.

Contoh:

Adakah anda berminat untuk tinggal di Asrama?

a. Setuju

b. Tidak Setuju

Jawapan: Anda perlu memilih setuju kerana untuk belajar di MRSM, anda perlu tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian.

Ujian Matematik UKKM

Soalan Matematik UKKM ini mempunyai soalan-soalan berbentuk KBAT. Di mana soalan ini memerlukan calon untuk berfikir dengan lebih mendalam tentang keinginan soalan.

Untuk mendapatkan penjelasan yang penuh, anda boleh membaca DI SINI.

Untuk memahami dan menguasai soalan-soalan berbentuk KBAT ini. Calon amat digalakkan untuk banyak membuat latihan dan menyertai pertandingan Kangaroo Math Competition & Beaver Computational Thinking Competition.

Tambahan pula, calon juga disarankan untuk membuat latih tubi soalan Matematik UPSR dan PT3.

Apa itu Kangaroo Math Competition & Beaver Computational Thinking Competition?
Secara ringkasnya kedua-dua pertandingan ini bertujuan untuk

  • Mendedahkan kepada pelajar dengan soalan-soalan yang beraras tinggi
  • Membantu pelajar mengaplikasikan pengetahuan Matematik & Sains Komputer
  • Memupuk kreativiti pelajar

Contoh Soalan

Kangaroo Math Competition

Soalan Kangaroo Math

Beaver Computational Thinking

Sample Soalan Beaver Computational Thinking
Soalan BEAVER COMPUTATIONAL THINKING

Untuk melihat lebih banyak soalan ini, anda boleh dapatkan buku latihan:

Kangaroo Math

Beaver Computational Thinking

Untuk meneroka lebih banyak soalan-soalan Matematik berbentuk KBAT, anda boleh menyertai pertandingan berasaskan Matematik DI SINI.

BACA SINI: Tips menjawab Ujian Matematik UKKM 2023

Set Soalan UPSR & PT3

Ujian Sains UKKM

Soalan Sains UKKM ini mempunyai soalan-soalan pengetahuan am Sains berbentuk KBAT. Untuk mendapatkan penjelasan yang penuh, anda boleh membaca DI SINI.

Untuk memahami dan menguasai soalan-soalan berbentuk pengetahuan am Sains KBAT ini.

Calon amat digalakkan untuk banyak membuat latihan dan menyertai pertandingan Kancil Science Competition.

Tambahan pula, latih tubi soalan Sains UPSR dan PT3 turut disarankan kepada calon sebagai persediaan menduduki subjek ini.

Apa itu Kancil Science Competition?
Secara ringkasnya pertandingan ini bertujuan untuk:

  • Membolehkan pelajar mengaplikasikan kemahiran sains yang dipelajari di sekolah.
  • Menjana kreativiti dan kemahiran berfikir secara kritis pelajar menerusi soalan kemahiran berfikir aras tinggi.
  • Meningkatkan minat pelajar terhadap Sains.

Contoh Soalan

Kancil Science

Soalan Kancil Science

Contoh Soalan

Untuk meneroka lebih banyak soalan-soalan pengetahuan Sains yang berbentuk KBAT, anda boleh menyertai pertandingan berasaskan pendidikan DI SINI.

BACA SINI: Tips menjawab Ujian Sains UKKM 2023

Set Soalan UPSR & PT3

Penutup

Itu sahaja perkongsian blog pada kalini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM), anda boleh ke pautan rasmi MARA. Semoga berjaya diucapkan kepada semua calon untuk mendapatkan tempat di MRSM.

Sumber Rujukan: Izzah Sazahly

Read More

Hi, how can I help you?