4 Komponen UKKM

4 Komponen UKKM 2023 Yang Perlu Anda Tahu! (BESERTA CADANGAN SILIBUS)

Apa itu UKKM?

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) merupakan ujian wajib untuk pelajar yang ingin belajar di MRSM bagi kemasukan pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

UKKM ini amat penting untuk pelajar yang ingin belajar di MRSM lebih-lebih lagi selepas pemansuhan UPSR dan PT3.

Isi Kandungan

Komponen UKKM?

Komponen UKKM

Format UKKM biasanya terdapat perubahan setiap tahun. Untuk kemasukkan MRSM pada tahun 2023 terdapat 4 komponen penting iaitu:

  1. Ujian Keperibadian

  2. Matematik

  3. Sains

  4. Bahasa Melayu

Calon perlu mempunyai asas menggunakan komputer kerana ujian ini perlu dijawab secara atas talian (online).

Bagi soalan subjektif Matematik, calon hanya perlu memasukkan jawapan akhir sahaja. Kertas kosong akan diberi kepada calon untuk membuat pengiraan.

Ujian Keperibadian

Ujian keperibadian ini bertujuan untuk menilai perwatakan dan keperibadian calon. Ujian ini menilai sama ada calon tersebut mempunyai personaliti yang sesuai atau tidak untuk menjadi pelajar MRSM.

Ujian Keperibadian

Ciri ideal pelajar yang dicari oleh MRSM adalah:-

  • Pelajar yang mempunyai minat ke arah Sains dan Teknologi

  • Pelajar yang mempunyai keperibadian yang baik

  • Pelajar yang matang dari segi emosi

  • Pelajar yang mampu berdikari

  • Pelajar yang bertanggungjawab dan mempunyai sifat kepimpinan

LIHAT JUGA: Contoh Soalan Ujian Keperibadian

Ujian Matematik UKKM

Ujian Matematik ini bertujuan untuk menguji kecekapan calon dan menilai sama ada calon mampu menyelesaikan soalan-soalan Matematik dengan betul dalam masa yang ditetapkan.

Ujian Matematik UKKM 2023

Berikut penerangan format Ujian Matematik:-

  • Ujian UKKM Matematik ini mempunyai banyak set soalan. Kemungkinan ada calon yang menerima 20 soalan objektif dan mungkin ada juga mendapat gabungan soalan objektif dan subjektif. Bilangan soalan subjektif juga berbeza. Ianya bergantung kepada set soalan yang diterima oleh calon.

 

  • Calon tidak perlu menghantar jalan kerja, calon hanya perlu memasukkan jawapan akhir sahaja. Kertas kosong akan diberikan kepada calon untuk membuat pengiraan.

Silibus Ujian UKKM Matematik

Untuk calon tingkatan 1, calon akan diuji soalan soalan yang merangkumi silibus Matematik tahun 4 hingga 6. Bagi calon tingkatan 4 pula, soalan melibatkan silibus tingkatan 1 hingga 3.

Soalan Matematik UKKM ini mempunyai soalan-soalan berbentuk KBAT. Di mana soalan ini memerlukan calon untuk berfikir dengan lebih mendalam tentang keinginan soalan.

Untuk meneroka lebih banyak soalan-soalan Matematik berbentuk KBAT, anda boleh menyertai pertandingan berasaskan pendidikan DI SINI & DI SINI.

BACA SINI:
Contoh Soalan Ujian Matematik UKKM 2023
Tips menjawab Ujian Matematik UKKM 2023

Ujian Sains UKKM

Ujian Sains ini bertujuan untuk menilai pengetahuan calon dan melihat sama ada calon mampu menjawab soalan-soalan pengetahuan am Sains dengan betul dalam masa yang ditetapkan.

Silibus Ujian UKKM Sains

Topik Ujian Sains UKKM 2023

Untuk calon tingkatan 1, calon akan diuji soalan soalan yang merangkumi silibus Sains tahun 4 hingga 6. Bagi calon tingkatan 4 pula, soalan melibatkan silibus tingkatan 1 hingga 3.

Soalan UKKM ini mempunyai 30 soalan objektif di mana soalan-soalan terdiri daripada silibus dan pengetahuan am berkaitan Sains seperti Sains Kesihatan dan Alam Sekitar.

Untuk melihat lebih banyak soalan-soalan pengetahuan Sains yang berbentuk KBAT, anda boleh menyertai pertandingan berasaskan pendidikan DI SINI.

LIHAT JUGA:
Contoh Soalan Ujian Sains UKKM 2023
Tips menjawab Ujian Sains UKKM 2023

Ujian Bahasa Melayu UKKM

Ujian Bahasa Melayu ini bertujuan untuk menilai kemahiran calon dan melihat sama ada calon mampu menjawab soalan-soalan Bahasa Melayu dengan betul dalam masa yang ditetapkan.

Ujian Bahasa Melayu UKKM 2023

Silibus Ujian UKKM Bahasa Melayu

Topik Ujian Bahasa Melayu UKKM 2023

Untuk calon tingkatan 1, calon akan diuji soalan soalan yang merangkumi silibus Bahasa Melayu tahun 4 hingga 6. Bagi calon tingkatan 4 pula, soalan melibatkan silibus tingkatan 1 hingga 3.

Soalan Bahasa Melayu ini terdiri daripada 30 soalan objektif dan tempoh menjawab selama 30 minit.

Kesimpulan

Itu sahaja perkongsian blog pada kalini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM), anda boleh ke pautan rasmi MARA. Semoga berjaya diucapkan kepada semua calon untuk mendapatkan tempat di MRSM.

Sumber Rujukan: Izzah Sazahly

Read More

Hi, how can I help you?