Tokoh-Matematik

7 Tokoh Matematik: Kenali Nama Besar dalam Dunia Matematik

Matematik telah menjadi aspek penting dalam kemajuan manusia.

Malah, Matematik mempengaruhi segala aspek bermula daripada Sains dan Teknologi kepada Seni dan Budaya. Terdapat ramai ahli matematik di seluruh dunia yang menyumbang kepada perkembangan matematik. Melalui blog pada kalini, kita akan kongsikan 7 Tokoh Matematik dan penemuan mereka.

Berikut merupakan 7 Tokoh Matematik:-

1. Pythagoras (569 BC – 475 BC)
2. Euclid (325 BC – 265 B)
3. Liu Hui (220 – 280 AD)
4. Brahmagupta (598 – 670 AD)
5. Muhammad Bin Musa Al-Khwarizmi (780 – 850 AD)
6. Blaise Pascal (1623 – 1662)
7. Johann Friedrich Carl Gauss (1777 – 1855)

1. Pythagoras (569 BC – 475 BC )

Tokoh-Matematik-Pythagoras

Tokoh Matematik yang pertama ialah Pythagoras. Pythagoras hidup dalam zaman 500’s BC, dan merupakan salah seorang daripada cendekiawan Greek.

Pythagoras mempunyai pengikut-pengikut setia yang digelar ‘Brotherhood of Pythagoreans’. Di mana pengikut ini terdiri daripada lelaki dan perempuan dan mereka menumpukan sepenuh masa mengkaji matematik.

Pythagoreans berminat dalam falsafah terutama falsafah dalam muzik dan Matematik. Pythagoras sendiri dikenali sebagai orang yang berjaya membuktikan bahawa Teorem Pythagoras adalah benar. Sehingga harini “Teorem Pythagoras” sangat sinonim dengan kita malah formula ini penting untuk menyelesaikan masalah matematik.

2. Euclid ( 325 BC – 265 B)

Tokoh-Matematik-Euclid

Tokoh Matematik yang kedua ialah Euclid. Beliau hidup dalam masa 300 BC dan belajar di Akademi Plato di Athens. Euclid merupakan Bapa Geometri.

Euclid mahu membuktikan bahawa benda-benda boleh dibuktikan melalui penggunaan logik dan alasan (reason). Pada asasnya, segala prinsip dalam Geometry hari ini adalah berdasarkan tulisan Euclid, terutamanya ‘The Elements’.

Penulisan Euclid terkenal disebabkan buku-buku itu mudah untuk dibaca dan difahami. Ianya digunakan sebagai buku rujukan utama bagi Matematik di semua sekolah di Eropah, Asia Barat dan Amerika selama dua ribu tahun, sehingga ke abad 20.

3. Liu Hui ( 220 – 280 AD)

Tokoh-Matematik-Liu-Hui

Tokoh Matematik yang ketiga ialah Liu Hui. Beliau hidup semasa kerajaan Wei. Tidak banyak perkara yang diketahui tentang Liu.

Sejarah mencatatkan bahawa beliau menulis komentar terhadap ‘Nine Chapters’ pada tahun keempat di era Jingyuan di bawah pemerintahan Putera Chenliu, lebih kurang 263 AD. Ini merupakan buku praktikal bagi matematik, bertujuan menyediakan kaedah-kaedah untuk menyelesaikan masalah berkenaan kejuruteraan, soal selidik, urusan jual-beli dan urusan cukai.

Liu Hui beranggapan bahawa kebanyakan kaedah dalam teks asal adalah penghampiran (approximations), dan beliau mengkaji sejauh mana tepatnya penghampiran tersebut. Ada yang mengatakan bahawa beliau mencuba untuk memahami konsep berhubung dengan topik ‘differential and integral calculus’.

4. Brahmagupta ( 598 – 670 AD)

Tokoh-Matematik-Brahmagupta

Tokoh Matematik yang keempat ialah Brahmagupta. Beliau adalah seorang ahli matematik yang sangat signifikan pada zaman India purba.

Beliau memperkenalkan konsep yang sangat berkesan tentang asas matematik, di mana kita menggunakan sifar dalam pengiraan matematik, algoritma untuk punca kuasa dua, penyelesaian bagi persamaan kuadratik dan penggunaan matematik dan algebra untuk bercerita mengenai peristiwa astronomi dan jangkaan yang akan berlaku.

Idea-idea beliau amat berguna kepada perkembangan di Eropah. Penulisan Brahmagupta banyak mengandungi konsep matematik dan astronomi sehingga ke hari ini. Seorang penulis pada zaman itu, Bhaksara II, menggelar Brahmagupta sebagai Ganita Chakra Chudamani, yang bermaksud, “mutiara di kalangan ahli matematik” (the gem in the circle of mathematicians).

5. Muhammad Bin Musa Al-Khwarizmi (780 – 850 AD)

Tokoh-Matematik

Tokoh Matematik yang kelima adalah Muhammad Bin Musa Al-Khwarizmi. Beliau merupakan ahli matematik, astronomi dan ahli geografi yang dilahirkan di sebuah bandar kecil di Persia sekitar tahun 770. Walaupun sedikit yang kita ketahui tentang Al-Khwarizmi, namun beliau adalah salah seorang yang sangat berpengaruh di kalangan ahli matematik Arab.

Buku terkenal beliau adalah ‘Hisab al-jabr w’al mugabalah’ di mana nama ‘algebra’ diperolehi. Tajuk itu kemudiannya diterjemahkan yang membawa maksud “the science of reunion and reduction.” Perkataan tersebut merujuk kepada kajian sistematik mengenai persamaan linear dan persamaan kuadratik. Buku inilah yang menjadi punca timbulnya cabang ilmu algebra sekarang.

Sehingga hari ini, manusia menggunakan algoritma untuk mengira hasil tambah dan pembahagian cara panjang, di mana prinsip sebenarnya datang daripada teks yang ditulis oleh Al-Khawarizmi sejak 2000 tahun dahulu.

Al-Khwarizmi juga bertanggungjawab memperkenalkan nombor-nombor Arab kepada Negara Barat, yang kemudiannya membawa kepada perkembangan sembilan angka Arab termasuk sifar. Tambahan pula, beliau juga seorang ahli astronomi yang menulis buku tentang astronomi dan jadual astronomi.

6. Blaise Pascal (1623 – 1662)

Tokoh-Matematik

Tokoh Matematik seterusnya adalah Blaise Pascal. Beliau dilahirkan di Clermont Ferrand, Perancis pada 19 Jun 1623.

Pada awal kerjayanya dia merumuskan salah satu teorem asas untuk geometri unjuran, yang disebut teorem Pascal. Selain itu, ia juga merumuskan teori matematik kebarangkalian (probabilities), yang masih digunakan dalam matematik hari ini.

Dalam hal penemuan, beliau menghasilkan kalkulator pascal pertama pada tahun 1642. Sumbangan beliau terhadap Sains termasuklah bukti eksperimen bahawa medan merkuri
meningkat atau berkurang sesuai dengan tekanan atmosfera sekitarnya. Kemudian,ahli fizik Torricelli Itali mengesahkan pemerhatian Pascal itu.

Pascal juga memberikan sumbangan terhadap pemahaman kita tentang prinsip sains (hukum Pascal), yang menyatakan bahawa cecair menekan sama (tekanan) ke semua arah.

7. Johann Friedrich Carl Gauss (1777 – 1855)

Tokoh-Matematik

Tokoh Matematik yang terakhir yang kami kongsikan ialah Johann Friedrich Carl Gauss. Beliau merupakan seorang yang bijak dalam aritmetik, ia menambah semua integer daripada satu hingga 100 dengan menambah mereka dalam pasangan. Beliau mengumpulkannya secara jumlah 101 dan beliau mendapati ada lima puluh set kesemuanya dan menjumlahkan semua menjadi 5050.

Didapati formula Gauss adalah S = n (n +1) / 2 dan digunakan semasa zaman Pythagoras. Kajian beliau tentang algebra dan geometri membawa kepada kemajuan teori kebarangkalian, topologi dan analisis vektor.

Di antara penemuan dan sumbangan beliau adalah mencipta alat mengukur trigonometri, sebuah prototaip dari telegraf elektrik dan sebagainya. Kegemarannya juga adalah terhadap kristalografi, optik, mekanik dan sebagainya.

Pendaftaran Kangaroo Math Competition 2023 kini dibuka.

Bagi pelajar-pelajar yang ingin mencabar diri dengan soalan-soalan Matematik yang beraras tinggi (KBAT), anda boleh sertai pertandingan ini. Untuk pendaftaran klik DI SINI!

Rujukan Artikel: Sudut Pemulihan Matematik

Read More

Hi, how can I help you?