Faedah Kangaroo Math

Cikgu Math Wajib Baca: 5 Faedah Kangaroo Math Kepada Pelajar Anda!

Ada atau tidak dalam kalangan cikgu-cikgu yang pening kepala memikirkan students tidak boleh jawab soalan KBAT Matematik? Pelajar-pelajar cikgu mesti strunggle dengan soalan berbentuk kemahiran menyelesaikan masalah? Atau mereka susah untuk apply konsep Matematik semasa menjawab soalan?

Tak kira students atau cikgu mesti kecewa dengan situasi macam ini. Benda ini secara tidak langsung memberi kesan yang besar kepada prestasi pelajar dalam exam. Uishh macam mana ni?

Artikel Berkaitan: “Dah 2023, Relevan lagi ke masuk Kangaroo Math?” – Makcik Bawang Bongkar 3 Sebab, Kenapa Kangaroo Math Masih Relevan!

Jangan risau, anda tidak bersendirian, sebenarnya ramai cikgu dan pelajar hadapi masalah ini. Dan ada diantara mereka dah tak hadapi masalah ini selepas join Kangaroo Math Competition!

Kangaroo Math Competition ini sebenarnya pertandingan Matematik terbesar dan level international. Di Malaysia pun ada pertandingan ini dan yang paling penting pertandingan ini boleh bantu “settle” masalah cikgu-cikgu tadi.

Nak tahu lebih lanjut? Jom baca blog ini – Ini dia 5 Faedah Kangaroo Math Kepada Pelajar Anda!

5 Faedah Kangaroo Math Kepada Pelajar Anda!

Faedah Kangaroo Math - Mempertengahkan Kemahiran Berfikir Secara Kritis

Faedah Kangaroo Math
Gambar Hiasan: Kangaroo Math Malaysia 10th Year Anniversary Carnival

Kangaroo Math sinonim dengan soalan yang menggalakkan kemahiran berfikir kritis dalam kalangan pelajar.

Soalan Kangaroo Math direka untuk mencabar pelajar berfikir secara mendalam, menganalisis masalah dan menggunakan pengetahuan matematik mereka dengan cara yang kreatif.

Malah, soalan Kangaroo Matematik juga selalunya melibatkan senario dunia sebenar yang boleh membantu pelajar melihat aplikasi matematik secara praktikal dalam kehidupan seharian.

Faedah Kangaroo Math - Menggalakkan Kreativiti Pelajar

Faedah Kangaroo Math
Gambar Hiasan: Kangaroo Math Malaysia 10th Year Anniversary Carnival

Kangaroo Math merangkumi banyak soalan yang melibatkan masalah bukan rutin. Soalan ini memerlukan pelajar untuk berfikir secara kreatif dan di luar kotak bagi mendapatkan jawapan yang betul.

Soalan-soalan ini selalunya melibatkan senario yang tidak jelas atau memerlukan perspektif yang unik untuk diselesaikan.

Apabila pelajar didedahkan dengan soalan sebegini, pelajar boleh mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah kreatif mereka dan pelajari Matematik dengan cara yang lebih imaginatif dan inventif.

Faedah Kangaroo Math - Kemahiran Menyelesaikan Masalah

Gambar Hiasan: Kangaroo Math Malaysia 10th Year Anniversary Carnival

Soalan di dalam Kangaroo Math mencabar pelajar untuk menyelesaikan masalah yang kompleks.

Kemahiran menyelesaikan masalah ini SANGAT PENTING bukan sahaja digunapakai di sekolah malah dalam kehidupan seharian pelajar (dari segi akademik dan profesional).

Penyertaan dalam Kangaroo Math mampu mendedahkan kepada pelajar dengan soalan berbentuk penyelesaian. Ini sekaligus dapat meningkatkan keupayaan mereka untuk mengenal pasti & menyelesaikan masalah.

Faedah Kangaroo Math - Membina Keyakinan Pelajar

Penglibatan dalam Kangaroo Math boleh meningkatkan keyakinan pelajar terhadap kemahiran Matematik mereka.

Berbanding dengan soalan Matematik sekolah, Kangaroo Math lebih memfokuskan kepada soalan penyelesaian masalah yang mencabar pelajar untuk berfikir di luar kotak.

Apabila pelajar berjaya menyelesaikan soalan Kangaroo Math yang kompleks, keyakinan pelajar akan meningkat. Ini boleh mendorong mereka untuk terus belajar dan bersemangat dalam Matematik.

Faedah Kangaroo Math - Platform Pengiktirafan dan Anugerah kepada Pelajar

Antara matlamat utama Kangaroo Math adalah unutk memberi pengiktirafan dan anugerah kepada pelajar yang cemerlang dalam Matematik.

Pelajar cemerlang dalam Kangaroo Math akan diberikan sijil, pingat atau anugerah lain bergantung pada prestasi mereka.

Insentif ini sebagai motivasi buat pelajar untuk terus bersemangat dalam pelajaran dan penghargaan kepada mereka di atas kerja keras dalam pertandingan ini.

Penglibatan dalam Kangaroo Math Competition merupakan langkah terbaik untuk pelajar dalam:

  • Mempertengahkan Kemahiran Berfikir Secara Kritis
  • Menggalakkan Kreativiti Pelajar
  • Meningkatkan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
  • Membina Keyakinan Pelajar
  • Platform Pengiktirafan dan Anugerah kepada Pelajar

Cikgu-cikgu perlu memainkan peranan penting untuk memberikan inspirasi kepada pelajar anda untuk melibatkan diri dengan lebih mendalam dalam subjek Matematik ini.

Salah satu cara adalah mempromosikan dan menggalakan pelajar mengambil bahagian dalam Kangaroo Math Competition.

Siapa tahu, cikgu mungkin memberi inspirasi kepada generasi hebat matematik yang akan datang!

Ikuti blog-blog ini untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan:-

Picture of Faris Yaacob

Faris Yaacob

Faris Yaacob is the freelance writer of the Kangaroo Math Blog and is passionate about all things related to reading and writing.

Read More

Hi, how can I help you?