Kangaroo Math - MB

“Dah 2023, Relevan lagi ke masuk Kangaroo Math?” – Makcik Bawang Bongkar 3 Sebab, Kenapa Kangaroo Math Masih Relevan!

Pendaftaran Kangaroo Math Competition 2023 kini dibuka! Walaupun Makcik ni kuat membawang tapi Makcik ni peminat nombor 1 Kangaroo Math tau!

Setiap tahun Makcik akan ajak kawan-kawan untuk daftarkan anak mereka dalam pertandingan ini. Tapi mereka selalu tanya, “Dah masuk tahun 2023 ni, relevan lagi ke masuk Kangaroo Math Competition?”

Ish apa pula kata macam tu, jom Makcik bongkarkan 3 sebab, kenapa Kangaroo Math masih relevan!

  1. Soalan-Soalan Kangaroo Math Berbentuk KBAT
  2. Penerimaan Pelajar terhadap Kangaroo Math Competition
  3. Kangaroo Math sebagai Persediaan Pelajar dalam UKKM

Soalan-Soalan Kangaroo Math Berbentuk KBAT

Kangaroo Math - MB_02

Kalau semua nak tahu soalan dalam Kangaroo Math Competition ini semuanya berbentuk KBAT. Haaa nampak tak bukan biasa-biasa tau Kangaroo Math ini. Tapi kamu semua ni tahu ke apa itu KBAT?

Kalau Makcik tanya apa itu KBAT mesti semua akan terus jawab Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Tapi Makcik yakin masih ramai lagi tak tahu apa kepentingan KBAT kan? Takpe-takpe, jangan risau, Makcik akan terangkan dari A-Z kepentingan KBAT ini.

Sebelum itu, ni Makcik nak kongsikan sikit testimonial dari cikgu-cikgu yang pernah masuk Kangaroo Math Competition!

Kepentingan KBAT

KBAT merupakan salah satu komponen utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Soalan KBAT memerlukan pelajar untuk mengaplikasi, menganalisis dan menilai sesuatu maklumat.

Macam Makcik cakap tadi soalan-soalan Kangaroo Math ini semuanya berbentuk KBAT. Semasa proses penyelesaian masalah soalan Kangaroo Math, secara tidak langsung pelajar akan berfikir secara aktif, kreatif dan kritis dan ini menyebabkan pelajar cerdas berfikir.

KBAT ini penting dalam membentuk pelajar yang sentiasa berfikir, bukan sahaja menyelesaikan masalah seperti masalah rutin yang hanya menyelesaikan langkah demi langkah mengikut hafalan teori semata-mata.

KBAT ini juga mempunyai kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan sedia ada pada murid. Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih produktif dan berdaya saing. Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman dan memperkukuh pembelajaran dalam apa sahaja perkara yang mereka pelajari nanti.

Haaa dah faham dah kepentingan KBAT ini? Bagi Makcik, Kangaroo Math ini sebenarnya medium terbaik untuk dedahkan dan menguji kemahiran pelajar-pelajar dalam menyelesaikan soalan-soalan KBAT. Kalau ada yang berminat nak sertai Kangaroo Math 2023, boleh klik button di bawah ni.

Penerimaan Pelajar terhadap Kangaroo Math Competition

Kangaroo Math - MB_04

Tidak dinafikan Kangaroo Math Competition mendapat sambutan yang amat menggalakkan di Malaysia. Malah pada tahun 2022, seramai 45,000 pelajar Malaysia menyertai Kangaroo Math Competition. Fuhh ramai betul tu! Bangga Makcik dengan kesungguhan pelajar Malaysia ni.

Hmmm tapi apa pendapat mereka tentang soalan-soalan Kangaroo Math? Jom Makcik kongsikan temubual bersama peserta Kangaroo Math Competition 2022!

Menurut Chin Jia Yao, walaupun soalan-soalan Kangaroo Math berbentuk KBAT tetapi soalan dalam KMC hanya menggunakan konsep teras dan konsep yang mudah. Ujar pelajar Chong Hwa Independent High School ini, soalan Kangaroo Math menggalakkan pelajar untuk menyelesaikan soalan dengan cara yang kreatif!

Chan Rou Jing yang juga pemenang Gold Award dalam Kangaroo Math 2022 turut memberi pandanganya tentang pertandingan ini. Bagi beliau soalan Kangaroo Math agak mudah berbanding dengan beberapa Pertandingan Matematik Olympiad yang lain. Namun, cabaran dalam KMC adalah menguji kepantasan pelajar menyelesaikan masalah dalam masa yang ditetapkan.

Makcik juga berjaya menemu bual pelajar Malaysia yang pada ketika ini melanjutkan pengajian di Universiti Harvard iaitu Chooi Je Qin.

Chooi Je Qin yang aktif menyertai Olympiad dan Kangaroo Math menyatakan setiap pelajar perlu mengambil peluang yang ada semasa di sekolah seperti menyertai pertandingan Kangaroo Math. Pertandingan ini membantu pelajar untuk memperoleh pengalaman dan pengetahuan yang baharu.

Artikel Berkaitan – Eksklusif: Kenali Chooi Je Qin, Alumni Olympiad Yang Berjaya Memasuki Universiti Harvard

Haaa sekarang nampak tak kenapa Kangaroo Math Competition masih relevan? Makcik sangat galakkan semua pelajar Malaysia untuk sertai pertandingan ini. Yang mana belum daftar lagi untuk KMC 2023, kamu semua boleh daftar di bawah.

Kangaroo Math sebagai Persediaan Pelajar dalam UKKM

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) merupakan ujian wajib untuk pelajar yang ingin belajar di MRSM bagi kemasukan pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Kalau semua nak tahu soalan Matematik UKKM mirip dengan soalan Kangaroo Math!

Soalan Matematik dalam UKKM ini beraras tinggi. Jadi ramai pelajar menyertai Kangaroo Math ini sebagai persediaan mereka dalam UKKM.

Bahkan beberapa website dan youtuber juga mencadangkan pelajar-pelajar membuat latih tubi Kangaroo Math sebagai persediaan mereka. Antara Youtuber yang mencadangkan latihan Kangaroo Math ialah adik Izzah Sazahly. Di sini Makcik sertakan video tersebut.

Artikel Berkaitan: Contoh Soalan UKKM: Ujian Kemasukkan Tingkatan 1 & 4 MRSM 2023

Bagi adik-adik yang ingin melanjutkan pelajaran di MRSM, adik-adik boleh menyertai Kangaroo Math 2023 sebagai persediaan dalam UKKM tau! Adik-adik boleh daftar di bawah.

Itu dia 3 sebab kenapa Kangaroo Math Competition masih relevan. Makcik harap perkongsian ini dapat membuka mata ibu bapa, guru-guru dan pelajar-pelajar untuk menyertai Kangaroo Math Competition.

Pendaftaran Kangaroo Math Competition 2023 kini dibuka. Jangan lepaskan peluang ini! Pendaftaran boleh di buat di bawah!

Read More

Hi, how can I help you?